Jumaat, 16 September 2016

Review merepek #PelukisJalanan by Teme

Salam sejahtera dan hai.
Baru baru ni aku ada tengok kawan kawan Twitter aku sibuk dok post pasal buku pelukis jalanan. Sebenarnya aku pernah dengar sebelum ni pasal tajuk tu tapi aku ingat ingat lupe je.

So, aku pun pergi la cari buku tu. Nasib baik ada kat SMO. Aku belilah sebijik. Balik rumah, dalam hati niat nak baca masa cuti sekolah. Tapi semua tu angan angan.

Masa kat rumah, aku acah acah nak baca yang intro je. Bila bukak, intro dia komik! Aku pun bacalah.

Sedar tak sedar aku dah khatam buku tu. Serius aku cakap buku tu best. Lebih lebih part si penulis kena tipu dengan budak israel tu. Memang aku rasa geram je dengan dia tu.

Selain itu, bab penulis dengan kawan2 dia ada yang seram dan ada yang sedih. Part kawan2 penulis tu memang touching habis, (ke aku yang hati tisu ni? Sob..).

Part kesusahan yang dialami penulis kat kota London bagi aku, patut dicontohi semua orang! Sebab apa?

Baca sendiri!

Akhir kata, buku #PelukisJalanan memang luar biasa dan sangat3x menarik dibaca untuk semua lapisan masyarakat kecuali kanak2 yang masih belum faham dengan hidup di atas dunia ini.

Okey, itu sahaja kali ini. Adioss! 😉

P/s ; bila aku tengok cover buku tu, rupa rupanya aku pernah vote pool yang dicipta oleh saudara saifulnang suatu ketika dahulu utk memilih cover buku tersebut. Kahkahkah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan